My Add

Thursday 11 October 2012

Standard koordinasi misi bantuan di Malaysia belum memuaskan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Standard koordinasi urusan mencari dan menyelamat antara pihak berkuasa keselamatan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan kemanusiaan di negara ini masih belum mencapai tahap memuaskan, demikian menurut seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seorang pegawai kanan Bahagian Pengurusan Bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) Supt Shahrin Ahmad, berkata koordinasi yang sistematik dalam misi bantuan sangat penting untuk membolehkan kerja-kerja menyelamat mangsa bencana dilakukan segera.

"Apabila berlaku bencana di Malaysia, kita memang mengalu-alukan penglibatan badan-badan bukan kerajaan tetapi masalahnya apabila terlalu ramai (anggota) NGO yang datang dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), ia menyebabkan keadaan tidak terurus," katanya semasa menghadiri bengkel bantuan pengurusan bencana di sini baru-baru ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment