My Add

Monday 22 October 2012

Wang mesin ATM dilarikan melalui lubang sampah

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, ISNIN, 22 OktOBER, 2012: Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai RM176,000 selepas memecah masuk bilik kebal cawangan Agro Bank di Dataran Sunway, Petaling Jaya semalam dengan menebuk dinding tempat pembuangan sampah bank itu awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kejadian itu hanya disedari kakitangan bank yang datang untuk bertugas kira-kira pukul 7.50 pagi ini.

Beliau berkata, penjenayah terbabit dipercayai menebuk dinding tempat pembuangan sampah belakang bank itu pada pukul 3 pagi.

“Mereka kemudian masuk dan menebuk pula pintu bilik kebal dan mengambil kesemua wang tunai di dalamnya berjumlah RM176,000 sebelum melarikan diri," katanya di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment