My Add

Tuesday 13 November 2012


11 resolusi tidak wakili akar umbi Pas - Khalid Smamad
SHAH ALAM, ISNIN, 12 November, 2012: Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mendakwa 11 resolusi yang dicapai hasil wacana 'Mengembalikan Pas ke Landasan Asal' yang diadakan Sabtu lalu di Hotel Vistana, Kuala Lumpur dekat sini bukan mewakili akar umbi parti.

Beliau berkata, wacana yang kononnya dianjurkan oleh Pas Selangor itu juga bukan dihadiri oleh ahli parti, sebalik terdiri daripada individu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti sekarang.

"Wacana tersebut hanya syok sendiri yang diadakan untuk memecahbelahkan parti. Perkara yang dinyatakan dalam resolusi itu juga tidak masuk akal langsung dan hanya menipu rakyat dan umat Islam di negara ini.

"Untuk pengetahuan umum, Pas tidak pernah tersasar dalam perjuangannya, malah kerjasama yang dijalankan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah satu langkah yang betul," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment