My Add

Tuesday 13 November 2012

Nik Aziz diam dipujuk Anwarinas?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dipercayai dipujuk golongan Anwarinas dalam parti itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan menghentam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meskipun jelas isu tersebut bersangkut paut dengan isu akidah.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad yakin perkara itu berlaku berikutan sikap membisu Nik Aziz terhadap persoalan pokok berhubung kenyataan kontroversi Nurul Izzah sebaliknya menyalahkan media kononnya sengaja mensensasikan isu.

Beliau juga percaya Mursyidul Am Pas itu sebenarnya mempunyai kesedaran berhubung apa yang diperkatakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut tetapi memilih berdiam diri kerana matlamat menawan Putrajaya dianggap lebih penting berbanding mempertahankan akidah Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment