My Add

Tuesday 13 November 2012

95% siasatan anggota polis rogol wanita Indonesia selesai

GEORGETOWN, SELASA, 13 November, 2012: Status siasatan kes berhubung seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa diperkosa tiga anggota polis dalam sebuah balai di Perai dekat sini, Jumaat lalu, 95 peratus selesai.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sehingga kini polis telah merekodkan keterangan daripada 10 saksi dan kertas siasatan akan diserah kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Beliau memberi jaminan bahawa kes itu akan disiasat secara telus tanpa melindungi pihak-pihak tertentu dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi mempercepatkan siasatan.

"Kita gesa supaya masyarakat tidak membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan antara kedua-dua buah negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita warga Indonesia mendakwa terpaksa melayan nafsu tiga anggota polis yang menahannya di kawasan flat di Perai, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran kira-kira pukul 6.20 pagi, Jumaat lepas.

Abdul Rahim berkata, mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, kini ditempatkan di Kedutaan Indonesia Pulau Pinang buat sementara waktu.

Katanya, tiga anggota berpangkat rendah berusia 20 hingga 30 tahun terbabit ditahan reman sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment