My Add

Sunday 4 November 2012

150 penghuni kuarters IPD berpindah

TIGA buah kereta musnah selepas dihempap batu dalam kejadian tanah runtuh di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dekat Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AZMAN ASMAYATIM

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 November, 2012: Kira-kira 150 penghuni Blok F1 kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dekat sini terpaksa berpindah setelah kediaman itu tidak selamat diduduki ekoran berlaku kejadian tanah runtuh malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu yang berlaku ketika hujan lebat turut mengakibatkan tiga buah kereta mengalami kerosakan setelah dihempap batu dari tembok penghadang yang runtuh.

Difahamkan, ketiga-tiga kereta terbabit sehingga malam kejadian tidak dapat dialihkan bagi mengelakkan runtuhan susulan berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapati runtuhan pada jarak kira-kira dua meter dari bangunan tersebut berada pada tahap kritikal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment