My Add

Sunday 4 November 2012

Penuntut IPT mudah terpengaruh gerakan militan

JOHOR BAHRU, SABTU, 03 November, 2012: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dilihat lebih mudah terpengaruh dan direkrut untuk menyertai gerakan-gerakan militan seperti kumpulan pengganas al-Qaeda berbanding kumpulan masyarakat bekerjaya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, para penuntut mempunyai lebih masa terluang dan akses maklumat yang luas dan terbuka berbanding golongan yang sudah bekerjaya.

"Mungkin golongan penuntut lebih terdedah kerana mereka tiada kerja lain selain belajar dan orang lain mempunyai fokus dalam pelbagai bidang termasuk kerjaya sehingga menyebabkan mereka kurang fokus dengan gerakan-gerakan militan.

"Saya percaya kumpulan ekstremis menyasarkan merekrut semua orang dan bukan pelajar sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Rumah Pangsa Laman Tasik Harmoni, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment