17 tentera terkorban helikopter terhempas
DIYARBAKIR, AHAD, 11 November, 2o12: Seramai 17 orang tentera Turki terbunuh semalam apabila helikopter yang dinaiki terhempas di tenggara Turki, di kampung Bilgili, kawasan pergunungan Herekol di wilayah Siirt.
Menurut Gabenor Siirt, Ahmet Aydin, mangsa yang terlibat merupakan anggota angkatan tentera khas.
Presiden Turki, Abdullah Gul dalam kenyataan menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.15 pagi semalam. - REUTERS
Letupan di Daraa korbankan 20 orang
BEIRUT: Seramai 20 orang tentera rejim terbunuh apabila dua butir bom meletup di selatan bandar Syria semalam.
Menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, letupan pertama berlaku di khemah yang dihuni oleh tentera kerajaan di bandar Daraa.
Jurucakap kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdul-Rahman berkata, letupan tersebut mengakibatkan pertempuran berlaku antara tentera kerajaan dan juga tentera rejim. - AGENSI
No comments:
Post a Comment