My Add

Friday 2 November 2012

2 rakyat Malaysia ditahan imigresen Singapura

SINGAPURA, JUMAAT, 02 November, 2012: – Pegawai imigresen Singapura menahan dua lelaki warga Malaysia dan seorang lelaki warganegara India yang dipercayai cuba diseludup keluar oleh mereka, selepas memeriksa sebuah lori treler berdaftar di Malaysia di pusat pemeriksaan Woodlands di sini.

Pemandu lori treler dan penumpang warga Malaysia itu yang kedua-duanya berumur 28 tahun kelihatan resah apabila pegawai imigresen menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan pada 11.55 malam semalam, menurut Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan hari ini.

Pegawai itu menemui seorang lelaki menyorok dalam ruang penyimpanan di belakang tempat duduk penumpang lori treler sepanjang 40 kaki itu dan terus menahan ketiga-tiga lelaki itu, dan menurutnya lori itu turut dirampas.

ICA berkata, ia memandang serius cubaan warga asing untuk tinggal melebihi tempoh atau keluar dari Singapura secara haram.

Mengikut Akta Imigresen, penalti bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh ialah penjara sehingga enam bulan dan tiga sebatan dengan rotan, manakala penalti bagi keluar secara haram ialah denda sehingga S$2,000 (RM4,995), penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment