My Add

Saturday 10 November 2012

200 penduduk bantah depan premis judi

 *KIRA-KIRA 200 penduduk berhimpun sambil mengaminkan doa di hadapan
sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet di
 Kampung Kurnia, Kuantan, semalam.

KUANTAN, JUMAAT, 09 November, 2012: Kira-kira 200 penduduk berhimpun di hadapan sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian internet di Kampung Kurnia di sini hari ini bagi mendesak pemilik rumah judi itu menghentikan operasi mereka.

Mereka turut bertindak menampal sepanduk di pintu premis judi berkenaan sebagai menyatakan bantahan mereka terhadap operasi pusat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid al-Fatah Kampung Kurnia, Rosli Abdul Jabbar berkata, premis di Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang tersebut sebelum ini merupakan bengkel kenderaan dan hanya beroperasi pada waktu malam.

Katanya, kewujudan premis tersebut telah menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat apabila mereka kerap mengunjungi pusat judi tersebut sejak enam bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment