My Add

Sunday 4 November 2012

Alumni UiTM diminta julang martabat bangsa

SHAH ALAM, SABTU, 03 November, 2012: Perdana Menteri menyeru lebih 475,000 Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyumbang kepakaran dan pengaruh masing-masing bagi menjulang martabat bangsa.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan keahlian melebihi 475,000 orang, Alumni UiTM mempunyai potensi memainkan peranan yang besar bukan hanya dalam konteks memberi dan menghulur dana yang diperlukan.

Beliau berucap merasmikan Malam Simfoni Kasih 2012 anjuran Yayasan Budiman UiTM dengan kerjasama Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM di sini malam ini.

Sempena majlis tersebut, Najib turut melancarkan Tabung Sumbangan Alumni dan Sedekah Jariah (Wakaf) UiTM yang diwujudkan khas bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar universiti itu dari golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samad menerima anugerah Tokoh Alumni UiTM 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment