My Add

Sunday 4 November 2012

Pendidikan Malaysia terbaik

PEKAN, SABTU, 03 November, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendemokrasian pendidikan dan mobiliti sosial menegak di negara ini merupakan yang terbaik dalam kalangan negara sedang membangun di dunia.

Menurut Perdana Menteri, ini kerana anak-anak petani, nelayan mahu pun pekerja am rendah juga mampu menjadi golongan profesional seperti doktor, jurutera dan tokoh korporat menerusi pelbagai peluang pendidikan yang ditawarkan.

"Bagi menyokong usaha ini, kita telah membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012 iaitu pendidikan menengah dan rendah adalah percuma dan bukan setakat itu, mulai tahun lalu setiap pelajar menengah dan rendah dapat pemberian RM100 sekali gus daripada kerajaan.

"Bantuan itu diteruskan pada tahun hadapan di bawah Bajet 2013," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kemasukan Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 150 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Parlimen Pekan menerima surat tawaran kemasukan ke UiTM untuk kursus Pra Diploma di Kampus UiTM Cawangan Jengka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment