My Add

Sunday 4 November 2012

Malaysia kutuk serangan Kompleks Perindustrian Tentera Al-Yarmouk

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 November, 2012: Kerajaan Malaysia mengutuk serangan udara ke atas Kompleks Perindustrian Tentera Al-Yarmouk di Khartoum pada 24 Oktober lalu yang telah menyebabkan kematian beberapa orang rakyat Sudan serta mengakibatkan kemusnahan harta benda awam.

"Dalam hubungan ini Malaysia menyampaikan ucapan takziah dan simpati terhadap keluarga mangsa terlibat," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Malaysia bimbang terhadap serangan ganas yang menggugat kedaulatan Republik Sudan serta mengancam keamanan dan keselamatan bukan sahaja di negara tersebut malah rantau berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment