My Add

Tuesday, 13 November 2012

Cuba gadai Islam demi kepentingan politik sempit
KUANTAN, ISNIN, 12 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terus dibidas apabila didakwa cuba menggadaikan Islam demi kepentingan politik sempit ekoran kenyataannya yang menyatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa dalam beragama termasuk orang Melayu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Muhammad Faiz Hashim berkata, sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, Nurul Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia (Nurul Izzah) seharusnya mempertahankan serta memberi cadangan penambahbaikan berkaitan Islam bukan dengan membuat kenyataan populis dan kontroversi sehingga sanggup seperti menggadaikan agama sendiri.

"Agama Islam perlu diletak lebih tinggi daripada politik dan segala-galanya, jangan sesekali kita menggadaikan Islam hanya kerana politik," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment