My Add

Friday, 23 November 2012

Anwar perlekeh negara, rakyat

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 November, 2012: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah dianggap sebagai memperlekeh serta memalukan negara dan rakyat.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, tindakan kurang bijak itu seolah-olah menjual maruah negara apabila meminta negara asing menguruskan demokrasi di Malaysia.

"Dengan kata lain, beliau memperlekeh kemampuan SPR dan menidakkan suara rakyat yang mengundi memilih kepimpinan negara.

"Rakyat Malaysia yakin dengan proses pilihan raya Malaysia yang bakal memasuki edisi ke-13. Keyakinan tersebut diterjemah dengan peratusan pengundi keluar mengundi hampir 80 peratus bagi Parlimen dan lebih tinggi untuk Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment