My Add

Friday, 23 November 2012

Pendedahan kertas putih cubaan kaburi mata

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 November, 2012: Pendedahan kertas putih oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) dilihat tidak menjawab segala persoalan penyelewengan yang berlaku sebaliknya hanya menambah kekeliruan dan cubaan untuk mengaburi mata rakyat.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, laporan kertas putih itu juga tidak dibahaskan menyebabkan sebarang pertanyaan tidak dapat diajukan mengenainya dan ini menyebabkan ketelusan kerajaan negeri boleh dipersoalkan.

Tambahnya, pendedahan kertas putih itu adalah berdasarkan laporan firma audit KPMG Transaction & Renstructuring Sdn. Bhd. (KPMG) yang sudah tentu arahan dan terma-terma ditetapkan oleh barisan Exco dan Menteri Besar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment