My Add

Wednesday 7 November 2012

Aplikasi pembaharuan
 
*DR. Mahathir Mohamad tertarik melihat buku dihasilkan oleh UiTM pada
Persidangan Pentadbir Universiti Antarabangsa ke-16 di Banda Hilir, Melaka,
 semalam. Turut kelihatan Haliza Mahayuddin (kiri) dan Zahrah Mokhtar
(dua kiri). - BERNAMA

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
MELAKA, SELASA, 6 November, 2012: Golongan pendidik digalak mengaplikasi pelbagai pembaharuan termasuk bahasa, peralatan, idea dan perisian setiap masa dalam proses mengajar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, proses pembelajaran itu sentiasa memerlukan perubahan seiring peredaran semasa.

Menurut beliau, selain input daripada guru, proses pembelajaran boleh dipelbagaikan melalui kaedah Internet dengan penggunaan pelbagai perisian, buku dan televisyen.

"Proses sesuatu pembelajaran kini dilihat sentiasa mengalami perubahan dan perlu disesuaikan dengan penggunaan alat bantuan mengajar seperti Internet yang kini semakin meluas diguna.

"Mempelajari bahasa Inggeris misalnya, bukanlah sesuatu yang sukar kerana boleh dipelajari walaupun dengan hanya menonton televisyen atau melayari Internet," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Pentadbir Universiti Antarabangsa ke-16 anjuran Kelab Penolong Pendaftar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Banda Hilir, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pendaftar UiTM, Dr. Zahrah Mokhtar dan Pengerusi Persidangan, Haliza Mahayuddin.

Persidangan tiga hari bermula hari ini itu dihadiri kira-kira 1,000 kakitangan pentadbiran UiTM.

Dr. Mahathir berkata, universiti adalah tempat terbaik dalam memastikan pelbagai pembaharuan dalam proses mengajar dapat diaplikasikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment