My Add

Tuesday 20 November 2012

Asia menjadi perhatian dunia

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Asia yang kini menjadi perhatian dunia perlu menyelesaikan isu-isu jangka panjang yang menghantuinya bagi memastikan ia mampu menyediakan pertumbuhan mapan dan berterusan pada masa akan datang.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Kewangan Asia, Tan Sri Azman Hashim berkata, ia perlu dilakukan segera kerana tumpuan ekonomi global kini telah beralih ke rantau ini apabila model yang diguna pakai Amerika Syarikat sejak sekian lama sudah tidak lagi relevan.

Beliau berkata, antara isu yang perlu diberi perhatian oleh negara-negara Asia adalah bilangan penduduk berusia yang ramai, penjagaan kesihatan, ketidakseimbangan global, defisit fiskal, tenaga dan alam sekitar.

"Sejajar dengan perubahan titik pusat ekonomi global yang berpindah dari barat ke timur, urus tadbir global juga perlu bertindak seiringan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment