My Add

Thursday 15 November 2012

Banyak harta Sabah 'terjual'

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
 KOTA KINABALU, RABU, 14 November, 2012: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menempelak pemimpin pembangkang, khususnya yang pernah berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana telah menyebabkan banyak harta kerajaan negeri 'terjual'.

Justeru, beliau berharap, seluruh rakyat di negeri ini menilai kembali latar belakang pemimpin berkenaan yang sering membuat dakwaan tidak berasas.

"Bacalah, bukalah fail siapa yang jual ladang kerajaan negeri semasa menjadi Menteri negeri dan apabila saya menjadi Ketua Menteri saya ambil balik. Buka rekod, ada saya jual harta kerajaan negeri? Tambah harta kerajaan negeri adalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Tapak Pemasaran Koperasi Pembangunan Desa di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment