My Add

Thursday 15 November 2012

Malaysia, 4 negara berbincang

Oleh FADZLY IZAB
 MELAKA, RABU, 14 November, 2012: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Indonesia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka dalam usaha untuk meningkatkan bilangan pembantu rumah dari negara terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, langkah itu dilakukan bagi menangani pelbagai isu berkaitan selepas persetujuan berkaitan pembantu rumah antara Malaysia dan negara-negara terlibat dicapai sebelum ini.

Menurutnya, perbincangan tersebut turut melibatkan isu kos pengambilan pembantu rumah yang dijangka meningkat terutama dari Indonesia.

"Keadaan pada masa ini berbeza dengan dahulu kerana terdapat pelbagai perubahan melibatkan negara sumber pembantu rumah terutamanya dari segi ekonomi mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali anjurannya di Taman Hilir Ujong Pasir di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment