My Add

Wednesday 21 November 2012

Bekas PM Croatia dipenjara kerana rasuah

ZAGREB, Croatia, RABU, 21 November, 2012: Bekas Perdana Menteri Croatia, Ivo Sanader dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun selepas disabit kesalahan menerima rasuah daripada dua syarikat asing, di sini semalam.

Mahkamah daerah Zagreb mendapati Sanader menerima rasuah bernilai 5 juta euro (RM24.5 juta) daripada kumpulan syarikat minyak Hungary pada 2008.

Bekas pemimpin itu juga didapati bersalah kerana mengambil bayaran daripada sebuah bank di Austria pada 1995. - REUTERS

No comments:

Post a Comment