Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG, AHAD, 11 November, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memberikan jawapan terperinci berhubung kemelut penjualan tanah di Taman Manggis kepada dua pihak secara serentak sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, penjelasan itu sangat diperlukan kerana isu tersebut berkait rapat dengan kepentingan rakyat miskin di negeri ini di samping menimbulkan persoalan tentang integriti Guan Eng dalam menguruskan penjualan tanah berkenaan.
"Kita mempersoalkan integriti Ketua Menteri kerana terlalu banyak keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada Kuala Lumpur Internasional Dental Center Sdn. Bhd. (KLIDC) manakala tawaran yang dibuat kepada Pemuda BN pula sangat tidak mesra.
"Antaranya termasuklah tawaran tender asal sebagai hospital pakar swasta tetapi boleh pula dibina bersama hotel," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment