My Add

Monday 12 November 2012

Kerajaan sedia tunai harapan masyarakat India - PM

KUALA LUMPUR, AHAD,, 11 November,  2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada masyarakat India bahawa kerajaan akan menunaikan sepenuhnya harapan mereka sejajar dengan kepercayaan yang diberikan selama ini.

"Kita sentiasa konsisten dalam menepati janji-janji realistik dan bertanggungjawab yang telah kita buat kepada masyarakat India kerana kerajaan tidak percaya dengan pendekatan di mana yang kita janji bukan-bukan semata-mata untuk mendapat kuasa dan populariti," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau percaya zaman kegemilangan Malaysia masih di depan dan untuk mengecapi nikmat kemajuan serta kemakmuran itu, semua pihak mesti bersatu di bawah satu visi ke arah melahirkan negara yang adil, saksama dan berjaya.

"Pada ketika pelbagai usaha transformasi negara mula membuahkan hasil dengan pertumbuhan dan pembangunan negara yang pesat, kita akan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia, termasuk daripada masyarakat India, akan dapat meningkatkan pendapatan, dan lebih penting lagi, akan meningkatkan lagi kualiti hidup untuk generasi masa kini serta generasi akan datang," kata beliau dalam perutusan Deepavali yang dimuatkan dalam blognya, www.1Malaysia.com.my sempena sambutan itu Selasa ini.

"Pada kesempatan sempena sambutan Deepavali tahun ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat India di atas segala sumbangan mereka yang tidak berbelah bahagi ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman dan makmur," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment