Isu air percuma Selangor: Bicara dijangka awal 2013
KUALA LUMPUR, AHAD, 11 November, 2012: Tuntutan saman rakyat Selangor terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu berhubung pemberian air percuma yang tidak dilaksana seperti dijangka dibawa ke mahkamah awal tahun depan.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut.
Katanya, jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri berkenaan dan beliau menjangkakan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan.
Kami menjangkakan perbicaraan kes saman terhadap tuntutan air percuma oleh rakyat terhadap kerajaan negeri Selangor seperti dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu pada awal 2013. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment