My Add

Wednesday 21 November 2012

Bidang kemasyarakatan bakal tawar banyak peluang kerja: Saifuddin

 CYBERJAYA, SELASA, 20 November, 2012: Generasi masa kini tidak harus menumpukan kepada sektor sedia ada untuk mencari pekerjaan, sebaliknya membuka minda kepada sektor baru seperti bidang kemasyarakatan, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, sektor itu yang kini semakin membesar dijangka menawarkan banyak peluang pekerjaan pada masa depan.

"Peluang kerja itu mungkin tidak dapat menandingi sektor perniagaan tetapi bidang tersebut akan menawarkan lebih banyak pekerjaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya dalam Sektor Berkaitan Kejuruteraan 2012, di sini, hari ini.

Beliau juga menasihati generasi masa kini supaya tidak menumpukan kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan kerana sektor awam di seluruh dunia sedang mengecil.

Saifuddin turut mengingatkan generasi muda supaya mempelajari kemahiran tambahan meliputi kreativiti, komunikasi dan keusahawanan yang dapat membantu mereka memperolehi pekerjaan yang diingini.

"Contohnya, suatu masa dulu saya fikir tidak ada graduan dari mana-mana fakulti kejuruteraan yang berdepan dengan masalah untuk mencari pekerjaan tapi pada masa depan anda tidak boleh ambil mudah lagi.

"Seorang graduan kejuruteraan di samping memiliki kemahiran dalam bidang kejuruteraan dia perlu memiliki kemahiran tambahan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment