*MUHYIDDIN Yassin (dua kanan) bergambar bersama pemimpin-pemimpin Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di Aiwan-e-Sadr, Islamabad, Pakistan semalam. - BERNAMA |
Oleh Zulkifli Abdullah
ISLAMABAD, KHAMIS, 22 November, 2012: Malaysia mencadangkan supaya Majlis Perniagaan ditubuhkan dalam gagasan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) sebagai satu strategi konkrit dalam menyumbang ke arah menjana perdagangan antara negara anggota.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyuarakan hasrat itu yakin, sektor swasta yang menganggotai Majlis Perniagaan itu boleh menjadi platform untuk berkongsi kejayaan dan cabaran mendatang.
Malaysia suka mencadangkan pada sidang kemuncak akan datang agar terdapat segmen melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat swasta dalam kalangan negara anggota supaya mereka dapat mengadakan pertemuan dan berbincang bagaimana untuk menjana perdagangan dan menjalinkan rantaian kerjasama.
Tindakan lebih konkrit dapat diambil menerusi penubuhan komuniti ini dengan menganjurkan sesi perundingan yang lebih kerap dengan kerajaan untuk menyalurkan apa juga bantuan yang difikirkan wajar. Selain itu, ia juga memerlukan hubungan yang simbiotik antara sektor awam dan swasta," katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak D-8 di sini hari ini.
D-8 yang ditubuhkan pada 1997 dianggotai Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
Sidang kemuncak ini dirasmikan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dengan fokus kepada tema Perkongsian Demokratik Untuk Keamanan dan Kemakmuran.
Beliau mengambil contoh fungsi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dan juga pelbagai agensi berkaitan yang sentiasa mengadakan hubungan akrab dan perundingan dengan komuniti perniagaan Malaysia untuk mengetahui apa juga kekangan serta maklum balas terhadap penyediaan kemudahan kerajaan dalam membantu aktiviti ekonomi mereka.
Saya percaya dengan prinsip yang sama, kita boleh menubuhkan komuniti perniagaan dengan negara-negara anggota D-8," tambahnya.
Muhyiddin juga menyentuh mengenai pencapaian nilai dagangan antara negara-negara dalam gagasan itu yang hanya mencapai pada kadar 5 hingga 7 peratus daripada jumlah nilai dagangan dunia.
Kita hanya ada tempoh kurang dari enam tahun untuk mencapai sasaran kita iaitu pada kadar 15 hingga 20 peratus menjelang 2018.
Katanya, Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) menjadi kunci utama bagi mencapai sasaran tersebut dan tindakan setiap negara anggota dalam meratifikasikan perjanjian tersebut akan melenyapkan pelbagai halangan dalam bidang perdagangan.
Tambahan pula, Muhyiddin juga percaya pelaksanaan Perjanjian Mengenai Pentadbiran/Prosedur Kastam juga meramalkan pertumbuhan yang lebih memberangsangkan.
Beliau turut mencadangkan mengenai penerokaan potensi dalam urusan perbankan dan kewangan Islam kerana sebagai gagasan disertai negara-negara Islam, mereka boleh menjadikannya sebagai contoh terbaik kepada dunia akan alternatif sistem perbankan konvensional yang sedia ada.
Bank Pusat di Malaysia telah membangunkan pakar-pakar dalam sistem kewangan Islam dan Malaysia bersedia untuk berkongsi dan kerjasama dengan negara anggota D-8 mengenai sistem itu.
Organisasi D-8 ini adalah sebuah gagasan yang unik dan bukan pertubuhan serantau tetapi global. Malaysia percaya D-8 boleh memainkan peranan dan berharap menjadi sebuah pertubuhan yang kompetatif di peringkat antarabangsa pada masa depan" ujarnya.
Pada sidang kemuncak kelapan ini, dua dokumen penting dimeterai iaitu Visi Global (2012-2030) dan Piagam D-8 yang antara lain bertujuan membolehkan gagasan itu mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, menjadi sebuah kumpulan ekonomi dinamik dan mewujudkan kerangka kerja kerjasama ekonomi merangkumi pelbagai aktiviti untuk mengubah kualiti kehidupan rakyat
Kedua-dua dokumen itu menjadi instrumen dan visi terhadap kerjasama pada masa depan sebagai tambahan kepada Deklarasi Islamabad 2012. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment