My Add

Monday 19 November 2012

Ditegah doa menghancurkan sesama muslim

KOTA BHARU, AHAD, 18 November, 2012: Perbuatan mendoakan kehancuran ke atas umat Islam yang lain bukan sahaja ditegah oleh agama bahkan ia menjadi satu amalan sesat dan hukumnya adalah haram.

Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa'amah (gambar) berkata, perbuatan tersebut termasuk dalam golongan Khawarij di dalam sejarah perkembangan Islam yang ternyata telah rosak akidah dan terkeluar daripada landasan sebenar.

Katanya, apatah lagi jika tindakan itu dilakukan oleh kumpulan yang berkompromi dengan golongan yang terang-terangan menentang Islam.

"UMNO itu orang Melayu dan beragama Islam. Mereka juga berpaksikan kepada mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Mereka juga golongan yang mempertahankan kedaulatan agama.

"Tapi sikap Pas yang mendoakan kehancuran ini sudah keterlaluan, dia tidak sedar bahawa kalau UMNO hancur maknanya golongan yang menentang agama akan naik, bukan Pas kerana Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment