My Add

Friday 16 November 2012

FAMA anjur Karnival Halal 1Malaysia Best Dis

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 15 November, 2012: FAMA Terengganu akan menganjurkan Karnival Halal 1Malaysia Best selama empat hari bermula 20 Disember ini yang terbuka kepada semua, terutama usahawan kecil Pantai Timur.

Pengarahnya, Hasan Jusoh berkata, karnival itu bertujuan mempromosikan produk makanan dari negeri Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan 1Malaysia Best.

Karnival ini juga terbuka kepada masyarakat di luar Pantai Timur yang berminat mempromosi produk mereka, katanya di sini hari ini.

Menurut Hasan, sebanyak 100 gerai akan disediakan FAMA Terengganu pada karnival itu.

Selain mempromosi produk, usahawan juga berpeluang menjalin hubungan kerja serta memperluas pasaran, katanya.

Usahawan yang berminat untuk menyertai karnival itu boleh menghubungi FANA Terengganu di talian 09-6224144, 6224191. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment