*ROSMAH Mansor merasmikan saluran televisyen Femina Channel sambil diperhatikan Mohd. Johari Mohd. Noor (tengah) dan Shahrizat Abdul Jalil (kiri), di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Usaha mewujudkan saluran televisyen khas untuk wanita dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan besar yang dimainkan oleh golongan itu dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, langkah itu juga dapat menjadi platform buat golongan wanita untuk berkarya dengan lebih kreatif dan berinovasi bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.
"Di sinilah saya menaruh harapan agar Femina Channel kelak bukan sahaja dapat terus memperkasakan peranan dan pencapaian kaum wanita di Malaysia, malah membantu menterjemahkan nilai tradisi budaya tempatan terutama dalam kalangan remaja.
"Saya yakin Femina Channel yang menampilkan program berunsur pendidikan serta kekeluargaan mampu meningkatkan kefahaman wanita terhadap segala bentuk ancaman dan secara tidak langsung akan turut membina keupayaan wanita dalam pelbagai bidang," katanya ketika merasmikan saluran televisyen wanita pertama di Malaysia, Femina Channel di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof; Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengarah Urusan Panomax (M) Sdn. Bhd., Mohd. Johari Mohd. Noor serta Pengerusi Teknologi Park Malaysia, Datuk Nasarudin Hashim.
Bertemakan 'segalanya tentang wanita', Femina Channel yang dibangunkan dan dimiliki oleh Panomax (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah saluran televisyen berkonsepkan kekeluargaan khusus buat wanita di Malaysia dan di rantau Asia.
Mengulas lanjut, Rosmah berkata, kemunculan Femina Channel sehingga ke peringkat antarabangsa mampu mencetus fenomena baru terhadap industri penyiaran di Malaysia.
Dalam perkembangan sama, beliau turut berharap program-program yang disiarkan di Femina Channel mampu mendidik golongan lelaki untuk lebih memahami wanita.
Sementara itu, Mohd. Johari berkata, Femina Channel akan disiarkan secara percuma bermula awal tahun depan di stesen-stesen televisyen utama negara.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini orang ramai boleh mengikuti saluran itu di laman web www.feminachannel.com.
"Ketika ini, kami dalam persediaan memperoleh kandungan-kandungan kreatif yang menarik dan berkualiti daripada syarikat penerbitan tempatan dan luar negara.
"Di samping itu, kami juga sudi membenarkan Femina Channel disiarkan secara percuma melalui platform penyiaran pelbagai kandungan digital yang sedia ada di Malaysia," katanya.
Femina Channel menyajikan program-program seperti dokumentari, filem cereka, drama, berita untuk tontonan wanita remaja hingga dewasa. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment