My Add

Saturday 24 November 2012

Kenyataan Nurul Izzah jelas'

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim sekali lagi mengulangi bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dengan jelas menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan beragama sepatutnya dipakai secara sama rata dan tidak hanya terpakai kepada orang bukan Melayu semata-mata.

Jelasnya, kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam sebuah forum yang bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?' pada 3 November lalu itu tidak boleh disangkal sama sekali dan turut difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

"Dalam forum itu, dia bersetuju hak kebebasan beragama sepatutnya diguna pakai sama rata. Itu memang jelas apa yang disebut beliau dan saya tidak fikir sesiapa pun boleh melepaskan diri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment