My Add

Saturday 24 November 2012

Fitnah: Nurul Izzah saman Utusan Melayu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga anak kepada Ketua Umum parti itu, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman tersebut membabitkan empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November lalu yang didakwa oleh Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Tajuk artikel-artikel tersebut ialah:

* ‘Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah Anwar’ diterbitkan di muka hadapan, 5 November.

* ‘Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu’ diterbitkan di muka surat lima, 6 November.

* ‘Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik’ diterbitkan di muka surat lima, 6 November. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment