Inflasi negara bulan lepas meningkat
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus kepada 105.4 pada Oktober tahun ini, berbanding dengan 104 yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.
Dari Januari hingga Oktober, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.7 peratus kepada 104.8, berbanding dengan 103 pada tempoh yang sama tahun lepas.
Peningkatan 1.7 peratus itu dicatatkan berikutan kenaikan kesemua indeks bagi kesemua kumpulan utama, kecuali indeks komunikasi, yang menyaksikan penurunan 0.7 peratus dan pakaian serta kasut yang turun 0.5 peratus.
Peningkatan itu dilihat di dalam indeks makanan dan minuman bukan alkohol yang meningkat 2.8 peratus, perumahan, air, elektrik, gas dan minyak lain (1.7 peratus) dan pengangkutan (0.8 peratus).
Kenaikan lain juga termasuk restoran dan hotel (3.0 peratus), pendidikan (2.5 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.1 peratus). - BERNAMA - UTUSAN
No comments:
Post a Comment