My Add

Wednesday 7 November 2012

Guru berprestasi cemerlang dilantik tanpa temuduga

SEREMBAN, RABU, 07 November, 2012: Calon-calon guru berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas akan dilantik terus selepas menamatkan pengajian mereka tanpa melalui proses temuduga, umum Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) juga turut bersetuju untuk melantik guru cemerlang, guru besar cemerlang dan pentadbir cemerlang ke Gred DG-41 tanpa ditemuduga selepas mereka memperoleh ijazah, sama ada separuh masa atau dibawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem tersebut akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Muhyidin berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di Hotel Royale Bintang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment