My Add

Sunday 25 November 2012

Pantau kedai besi buruk beli penutup longkang curi

ALOR SETAR, sabtu, 24 NovEMBER, 012: Pihak berkuasa disaran supaya lebih kerap memantau kedai besi buruk dan barangan lusuh bagi memastikan mereka tidak membeli besi penutup longkang yang dicuri, sekali gus dapat mengatasi masalah kecurian.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, walaupun kejadian itu agak terpencil, namun setiap tahun kerajaan mengalami kerugian sehingga jutaan ringgit akibat masalah kecurian besi penutup longkang.

"Dari segi penguatkuasaan, polis ada buat rondaan ke kedai-kedai besi lusuh sebab mesti ada tempat yang beli besi-besi ini (daripada pencuri). Tak semua kedai ada, sebab ramai yang tak mahu terlibat dengan kegiatan ini (curi besi).

"Saya minta agar polis lebih kerap buat operasi mengejut di kedai besi lusuh sebab pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak ada senjata api, tak sesuai, jadi lebih baik serah kepada polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya peniaga besi buruk didapati terlibat dalam urusan jual beli barang curi, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Chor, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil PBT dalam masa terdekat bagi mencari alternatif terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment