My Add

Monday, 26 November 2012

Hanya UMNO mampu jaga kebajikan Melayu

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 2012: Rakyat terutamanya orang Melayu perlu sedar hanya UMNO yang mampu menjaga hak dan kebajikan mereka sekali gus tidak pernah mengkhianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selama 55 tahun pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN), parti itu tidak pernah menimbulkan kekacauan dalam negara sehingga boleh memalukan Malaysia di mata dunia.

Malah, katanya, UMNO sentiasa memupuk perpaduan bersama kaum lain di negara ini.

“Melayu juga diiktiraf dalam 14 komponen parti BN apabila pemimpin dalam kalangan Melayu dipilih menjadi Perdana Menteri, berbeza dengan pakatan pembangkang, mereka masih lagi tiada kesepakatan dalam pelantikan Perdana Menteri.

“Selama 55 tahun pemimpin Melayu di bawah UMNO, mereka berjaya membawa Melayu ke satu tahap membanggakan dan tidak pernah mengkhianati Melayu dalam kalangan ahlinya termasuk juga mereka yang berada dalam pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap orang Melayu dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Kata Perdana Menteri, “Kalau kita dapat memperlihatkan UMNO sebagai pilihan utama, UMNO akan muncul sebagai parti yang terkuat dan dengan sendirinya (terbentuk) perpaduan Melayu Islam".

Dalam pada itu, Zamil berkata, masyarakat peneroka Felda yang kebanyakannya orang Melayu perlu menilai sumbangan kerajaan pimpinan UMNO yang berjuang untuk mereka dan tidak hanya mendengar fitnah pembangkang.

“Mereka perlu buka mata, kalau UMNO mahu merosakkan Felda, kenapa mereka membuka tanah rancangan untuk orang Melayu?

“Pembangkang cuba masuk dalam Felda dan meracuni masyarakat peneroka ketika Felda sudah meningkat maju," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment