My Add

Monday 26 November 2012

Laporan diserah kepada JHEAIK

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
 KOTA BHARU, AHAD,  25 November, 2012: Polis Kelantan menyerahkan semua laporan yang dibuat berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa UMNO murtad dan doa kehancuran yang dibaca adiknya, Nik Razi kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk siasatan lanjut.

Ketuanya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berata, laporan tersebut diserahkan kepada JHEAIK kerana ia bukan di bawah bidang kuasa polis untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menyerahkan dua laporan polis yang dibuat ke atas Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kerana kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Kita menerima 11 laporan polis mengenai kenyataan Menteri Besar berhubung isu murtad, lapan laporan mengenai doa kehancuran di seluruh negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment