My Add

Monday 26 November 2012

Pembangkang makin terdesak

Oleh kaSTHURI JEEVENDRAN
 KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 012; Pembangkang dilihat semakin terdesak kerana sanggup mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M 2.0 bersama risalah kerajaan negeri Selangor untuk mengelirukan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan mensabotaj usaha Barisan Nasional (BN) tersebut adalah untuk terus menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

"Perbuatan mengedar borang BR1M 2.0 dari rumah ke rumah bersama- sama beberapa risalah program kerajaan negeri dianggap tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Ini juga taktik kotor pembangkang kerana resah dengan pengaruh BN yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat berbanding mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri demonstrasi aman Persatuan Ibu Tunggal Kampung Kenanga di Rawang hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment