My Add

Saturday 24 November 2012

MRT: Laluan Sg. Buloh-Kajang mula dikorek Mei

Oleh A. Jailani Abdullah
OFFENBERG, Jerman, JUMAAT, 23 November, 2012: Kerja-kerja membina laluan bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer (km) untuk landasan MRT Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula Mei tahun depan.

Pengurus Projek, Gusztav Klados berkata, pembinaan akan bermula di Syaf Pelancaran Cochrane sebaik sahaja pemasangan semula mesin pengorek terowong (TBM) selesai dilaksanakan.

Mesin itu, katanya, dijangka tiba dari Jerman selewat-lewatnya awal Februari 2013.

“Sebanyak 10 buah TBM telah ditempah dan yang pertama akan tiba di Malaysia pada penghujung Januari atau awal Februari tahun depan.

“Cochrane dipilih (sebagai tapak mula) kerana kawasan itu yang paling kurang bermasalah seperti kesesakan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis meraikan kejayaan mesin pertama itu melepasi ujian kelulusan pengilangan (FAT) di kilang pembuatannya, Herrenknecht AG di Schwanau, sebuah kampung di sini yang terletak di selatan Jerman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment