My Add

Tuesday 6 November 2012

Kebun rambutan di Tasik Kenyir

*AHMAD Said menanam anak pokok rambutan semasa lawatan kerja di Pulau Selimbar Selatan, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, semalam.

Oleh FAUZI MOHD.
HULU TERENGGANU, ISNIN, 05 November, 2012: Pulau Selimbar Selatan seluas 42 hektar di Tasik Kenyir di sini sedang dimajukan sebagai 'Pulau Rambutan' untuk dijadikan salah satu taburan produk pelancongan di kawasan utara tasik itu.

Produk di bawah program pelancongan Kenyir Island Hopping (KIH) yang dibangunkan melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu melibatkan penanaman lebih 2,000 batang pokok rambutan daripada hampir 200 spesies dari seluruh dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebanyak RM11.5 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan dan menempatkan pelbagai spesies rambutan komersial, arboretum serta nadir di pulau itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment