Oleh ZABRY MOHAMAD
PULAU PINANG, AHAD, 11 November, 2012: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain dianggap bersikap dwistandard kerana tindakan berdiam dirinya apabila isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam dewan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau percaya sekiranya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pihak lain melanggar peraturan DUN, sudah pasti tindakan tegas akan diambil olehnya.
Menurutnya, sikap Abdul Halim itu seolah-olah menunjukkan tindakan serta keputusannya berpandukan atas arahan orang atau pihak tertentu.
"Dia (Abdul Halim) tidak ubah seperti robot yang pergerakannya dikawal oleh orang lain.
"Adakah ini standard Speaker DUN yang ada di Pulau Pinang sekarang ini?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment