My Add

Monday 12 November 2012

Skuad KDN 'jambatan' penghubung kaum di negara ini

SANDAKAN, AHAD, 11 November, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengajak tiga juta anggota Skuad Kementerian Dalam Negeri agar memainkan peranan sebagai 'jambatan' bagi mengukuhkan hubungan antara kaum di negara ini.

Beliau berkata, semangat kesukarelaan yang wujud di bawah slogan 'IM4U' menerusi Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri dan Skuad Muda Rela bukan sahaja mampu menjadi benteng pertahanan, tetapi dalam masa yang sama boleh menarik golongan belia menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Kata beliau, gelombang sukarelaan yang akan diwujudkan dalam dua pasukan tersebut adalah berlandaskan nilai-nilai murni dan menolak budaya demostrasi jalanan.

"Dengan adanya gandingan anggota lama dan baru dalam institusi ini, ia akan memantapkan lagi institusi ini, sekali gus memberi mesej jelas apa yang diinginkan ingin oleh rakyat iaitu mahukan keamanan," katanya ketika berucap dalam program Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bersama pemimpin di Dewan Sri Libaran hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment