My Add

Wednesday 7 November 2012

Ketua Wanita PBS angkat sumpah sebagai Senator

KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah@Halimah Sulaiman hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini.

Jamilah, 56, dilantik sebagai anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh anggota dewan berkenaan.

Jamilah berkelulusan Diploma Secretarial Science dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, Sabah, pada tahun 1975 dan memegang pelbagai jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Sabah sejak 1986.

Antara jawatan tersebut ialah Ketua Pergerakan Wanita PBS sejak tahun 2000 hingga sekarang, Naib Presiden (PBS) (1994-2000), Naib Ketua Wanita PBS (1986-1992) dan Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) negeri Sabah dari 2003 hingga sekarang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment