My Add

Sunday, 11 November 2012

Kilang, pembekal dibenar simpan stok barangan pada musim perayaan

BERA, AHAD, 11 November, 2012: Kerajaan hanya membenarkan kilang, pembekal serta peniaga menyimpan 10 peratus atau lebih stok barangan keperluan pada setiap musim perayaan bagi mengelakkan kehabisan bekalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu juga katanya bagi mengelak harga barangan melambung setiap kali musim perayaan.

"Maka saya kira tiada sebab barang-barang terbabit kehabisan atau dijual mahal (ketika musim perayaan)," katanya selepas majlis sambutan perayaan Deepavali yang dihadiri lebih 1,000 masyarakat India di Triang, Bera di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment