My Add

Saturday 17 November 2012

KP Kesihatan mungkin diganti baru - KSN

PUTRAJAYA, JUMAAT, 16 November, 2012: Ketua Pengarah Kesihatan yang baru mungkin akan dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abd. Rahman yang mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Rabu lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, buat masa sekarang salah seorang Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah.

“Ada kemungkinan (melantik Ketua Pengarah Kesihatan Baru)," katanya ringkas ketika ditanya sama ada jawatan Dr. Hasan akan digantikan dengan seorang pegawai baru.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabatnya bagi menjelaskan kedudukan Dr. Hasan yang telah dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Dr. Hasan yang mengaku salah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pegawai kementerian itu di sebuah hotel di Putrajaya didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang boleh dihukum penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment