My Add

Wednesday 7 November 2012

Malaysia bangunkan 12 piawai berkaitan halal

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Malaysia telah membangunkan sebanyak 12 piawaian berkaitan halal meliputi makanan, kosmetik, farmaseutikal dan juga perkhidmatan seperti logistik serta sistem pengurusan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, semua piawaian halal tersebut telah digunakan secara meluas dan menjadi rujukan penting di negara ini.

"Standard Malaysia telah mengenalpasti dan membangunkan piawai halal yang baharu bagi bahan kimia halal untuk pemboleh ubah struktur air, pembungkusan, garis panduan makanan dan kandungan makanan haiwan,," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sistem halal Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment