My Add

Friday 2 November 2012

Malaysia komited tingkat kerjasama ekonomi dengan negara IOR-ARC

NEW DELHI, JUMAAT, 02 November, 2012: Malaysia kekal komited meningkatkan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Persatuan Lingkaran Lautan Hindi-Bagi Kerjasama Serantau (IOR-ARC).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem, berkata meskipun prospek ekonomi global yang tidak menentu, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara anggota IOR-ARC terus berkembang.

Pada 2011, jumlah perdagangan antara Malaysia dan anggota IOR-ARC meningkat sebanyak 13 peratus kepada AS$133.7 bilion, berbanding dengan tahun sebelumnya.

"Ini menyumbang kira-kira 32 peratus kepada jumlah perdagangan luar Malaysia. Justeru itu Malaysia gembira dengan peningkatan perdagangan sesama serantau seperti dengan negara anggota IOR-ARC," katanya pada Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri IOR-ARC Ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia juga mengulangi sentimen anggota IOR-ARC lain yang menekankan tentang keperluan bekerjasama dengan lebih rapat bagi faedah bersama.

Union of the Comoros diterima sebagai anggota ke-20 IOR-ARC hari ini.

"Interaksi positif di kalangan rakan IOR-ARC dalam beberapa tahun ini adalah langkah asas dalam hala tuju yang betul kerana ia akan memberi sumbangan besar ke arah mengukuhkan kerjasama IOR-ARC," katanya.

Beliau berpendapat negara anggota sepatutnya memanfaatkan momentum ketika ini dan terus mengukuhkan kerjasama bagi merealisasikan objektif dan sasaran IOR-ARC. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment