My Add

Thursday 8 November 2012

Masalah pembantu rumah kian runcing

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, RABU, 07 NovEMBER, 2012: Malaysia mungkin berdepan masalah kekurangan pembantu rumah yang lebih teruk sekiranya Filipina mengurangkan penghantaran rakyatnya untuk bekerja dalam sektor tersebut.

Perkembangan terbaru itu dijangka memburukkan situasi di Malaysia pada ketika penghantaran pembantu rumah dari Indonesia berkurangan manakala penghantaran dari Kemboja masih dibekukan.

Cadangan sesetengah pihak untuk mendapat sumber baru dari Myanmar turut mengalami kebuntuan kerana negara Asia Tenggara itu tidak berminat menghantar rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, tawaran gaji lebih rendah di Malaysia berbanding negara lain merupakan antara faktor yang menyebabkan jumlah pembantu rumah di negara ini semakin berkurangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment