My Add

Thursday 8 November 2012

RapidKuantan mesra OKU

Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: RapidKuantan yang bakal memulakan operasi 1 Disember ini dijangka mampu menarik lebih ramai penduduk Kuantan menggunakan perkhidmatannya kerana mempunyai pelbagai ciri keselamatan dan mesra pengguna terutama orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Operasi Bas) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid), Mohd. Azam Omar berkata, bas bersaiz 10.7 meter yang mempunyai transmisi automatik dengan enam kelajuan itu menggunakan teknologi Sweden yang mempunyai lantai rendah bagi memudahkan golongan OKU berkerusi roda menggunakan perkhidmatan tersebut.

"Bas berkenaan berupaya untuk direndahkan sehingga 254 milimeter dari lantai bas ke tanah bagi kemudahan OKU, warga emas dan kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment