Selangor hanya peruntuk RM5j atasi masalah banjir di Klang
SHAH ALAM , RABU,28 November, 2012: Kerajaan Selangor menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hanya meluluskan RM5 juta untuk mengatasi masalah banjir kilat di Klang, sedangkan RM1.2 bilion diperlukan untuk mengatasi masalah itu secara keseluruhannya, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew berkata menerusi peruntukan RM5 juta, sembilan projek tambatan banjir sudah mula dilaksanakan di Klang, di mana tujuh projek dijangka disiapkan tahun ini manakala dua lagi projek dijangka siap Mac tahun depan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, kejadian banjir kilat berpunca daripada hujan lebat, air pasang surut, air hujan yang bertembung dengan air laut pasang, muka bumi Klang yang landai dan di bawah paras air laut serta faktor manusia," katanya ketika menjawab soalan M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang DUN hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment