My Add

Monday 5 November 2012

Muhyiddin terima kunjungan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Switzerland

KUALA LUMPUR, ISNIN,:05 November, 2012 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Switzerland, Johann N Schneider-Ammann di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Pertemuan selama 45 minit itu membincangkan usaha memperkukuhkan dan meningkatkan perhubungan antara dua negara dalam bidang ekonomi, perniagaan, pendidikan dan kerjasama saintifik.

Turut hadir pada pertemuan delegasi seramai lima orang itu ialah Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Dr Rolf Lenz.


Schneider-Ammann berada di Malaysia dalam rangka lawatan tiga hari sejak Sabtu serta menghadiri forum perniagaan anjuran ahli perniagaan Switzerland di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment